❤ welcome to cintayangbertahmid.blogspot.com ❤ anyone who can bow to Allah can stand up to anything ❤

LAGU: UBATKANLAH HATIKU

Tajuk: Ubatkanlah Hatiku
Genre: Indie
Komposer: Wardah Filzatunnafsi


UBATKANLAH HATIKU

Kukenangkan masaku yang lalu,
Perihalkan tentang diriku,
Tiap kali aku mengenangkannya semula,
Diriku kan terasa hina.

Kurasakan bahawa diri ini,
Tidak mampu untuk bersuci lagi,
Atau kerana hatiku ini telah mati?
Buatku untuk harus ubati.

Makanya aku memohon...

(Korus)

Ya Rabbi,
Kutahu,
 Kau pasti,
Mendengar hatiku (mendengar hatiku),
Makanya aku memohon pada-Mu,
Ubatkanlah hatiku,
Yang sedang luka ini.

Ya Rabbi,
Kutahu,
Kau pasti menanti,
Akan hamba-Mu,
Datang bersujud meminta pada-Mu.

Kupohonkan untukku diri kembali,
Sebelum jejakku bermula di sini,
Hidayah-Mu kupohon tanpa berhenti,
Seakan-akan jiwa Engkau sinari.

Masa berlalu,
 Takkan berulang lagi,
Aku yang dulu,
 Kini bertukar sepi,
Apa kerana hatiku ini telah mati?
Buatku untuk harus ubati.

Makanya aku memohon...

(Korus )
Ya Rabbi
Kutahu,
 Kau pasti,
Mendengar hatiku (mendengar hatiku),
Makanya aku memohon pada-Mu (memohon pada-Mu),
Ubatkanlah hatiku,
Yang sedang luka ini.

Ya Rabbi,
 Kutahu,
Kau pasti menanti,
Akan hamba-Mu,
Datang bersujud meminta pada-Mu..

OOo...

Meminta pada-Mu OOo...
Meminta pada-Mu...

------------------------------------------------------------------------------------------------


Syeikh Ibrahim Adham berpesan tentang 5 cara untuk ubati penyakit hati mati:

1) Memperbanyak membaca Quran dan memahami isi kandungannya iaitu tafsir Quran seterusnya melaksanakannya dalam kehidupan seharian.

2) Memperbanyak puasa sunat disamping menjaga puasa yang wajib.

3) Latih diri untuk bangun beribadat kepada Allah seperti menunaikan Solat Tahajud pada malam hari atau Qiamullail. Hal ini kerana Allah turun ke bumi pada 1/3 malam untuk mendengar permohonan hamba-Nya. Ia merupakan antara waktu yang dimakbulkan doa dan tenang untuk bermunajat kepada Allah.

4) Sentiasa hadir ke majlis ilmu dan berdamping dengan orang-orang soleh.

5) Berzikir kepada Allah pada waktu sunyi terutamanya pada malam hari iaitu sepertiga malam. Selain itu, banyakkanlah berfikir mengenai hubungan dengan Allah pada waktu sunyi agar dapat menghitung diri dari segi amal ibadat dan bertaubat atas dosa-dosa yang dilakukan :')


Lagu Tombo Ati oleh Opick ada menerangkan mengenai 
5 pesanan Syeikh Ibrahim Adam, alhamdulillah! ^_^

♥ Hidup akan lebih indah andai diterangi hidayah ALLAH ♥

Copyright@All right reserved by Wardah Filzatunnafsi